KembaraPena

Acap kali langit membiru cahaya menyinari setiap penjuru, Aku berdiri membisu memikir hala tujuku, Acap kali guruh berbunyi memecah suasana sunyi, Aku masih sendiri mengenang nasibku ini, Kaki harus terus mengembara menuju entah ke mana, Dengan pena aku berkata bersama pena merungkai segala…

Aku lagi teruk dari Si Gila

Arggggghhhhhhhhhhh…

Dunia ku kelam… Kelamnya duniaaaaaa……

Hidupku masih lagi teraba-raba…

Ku pegang sana… panasnya tidak terhingga

Ku pegang sini… sejuknya berbisa

Kalau tak ku pegang, manakan dapat ku jumpa jalannya…

Dalam gelap… mata ku kini buta.

Ini bukan dunia yang ku cita.

Ini bukan keindahan yang ku pinta…

Aku kini lebih teruk dari kehidupan orang gila…

Sekurang-kurangya mereka berada dalam dunia mereka…

Bukan aku takut melangkah…

Tapi dalam gelap aku sering kembali ke titik tengah…

Segala yang ku impikan sudah punah

Segala yang telah ku lakukan telah jadi sejarah

Sejarah yang hancur musnah.

Tuhan ku pohon dengan segala kudrat yang ada…

Untuk kau berikan aku setitis cahaya…

Untuk aku melihat kembali jalan yang ada…

Untuk hamba yang hina menilai segala dosa…

Crime Circle…

Kembara mohon maaf kepada sahabat sekiranya tidak banyak yang kembara terbitkan penulisan kembara kebelakangan ini… Secara jujurnya kembara ingin menyatakan, segalanya berpunca dari diri kembara yang tiada tujuan… Nama pun kembara dan kembara sering mengembara tanpa arah tujuan…

Kebelakangan ini, kembara merasakan diri kembara tidak dapat lari dari minat kembara dalam dunia penyiasatan dan jenayah yang telah dipupuk sejak kecil. Oleh itu, kembara telah bulat tekad untuk membina satu lagi blog yang khusus kepada dunia jenayah…

Ingin Kembara menjemput sesiapa yang sering melawati Kembara Pena untuk berziarah ke Crime Cirle by Kembara Pena di http://crimecircle.wordpress.com.

Crime circle akan menjadi satu platform untuk kembara mengumpul segala maklumat mengenai penjenayah, kes-kes jenayah dan penyiasat jenayah dari dalam dan luar negara. Melalui platform ini juga kembara akan menilai pemikiran dan modus operandi penjenayah. Buat masa ini, Kembara telah menerbitkan satu kisah rumusan mengenai Mad Bomber, George Metesky yang bertanggungjawab memasang lebih 20 bom di seluruh bandar New York dan polis mengambil masa selama 16 tahun untuk menangkapnya.

Kisah Metesky dan penjenayah lain seperti Boston Strangler secara terperinci dan bersiri… Bagi yang minat dalam dunia jenayah dan buat insan yang tidak merasakan selamat dengan dunia persekitaran anda kini… saya menjemput untuk melayari Crime Circle. Sekali lagi: http://crimecirle.wordpress.com

Kekalutan fikiran dan jasad

Apabila malam berganti siang… tanda usiaku bertambah sehari. Ketika siang berganti malam… aku termanggu, terfikir… apa yang ku telah lakukan hari ini.

Begitulah berputarnya kehidupan ku… tatkala cerah matahari dan kelam bulan memunculkan diri secara berganti-ganti… Aku bermuhasabah diri memikirkan ke arah mana, ku pandu diri yang sepi.

(Habis, kalau muncul matahari dan bulan dalam satu masa… gerhanalah namanya. hehehe)

Biarpun nama ku kembara… namun kebelakangan ini diriku tidak bergerak ke mana-mana. Biarpun nama ku fannani, tiada yang terhasil dari kotak fikiran yang cetek ini.

Hari demi hari… usia ku dihabiskan dengan sia-sia… lebih-lebih lagi apabila kekalutan melanda. Jasad dan fikiranku tidak lagi sehala… arah tujuku lesap entah ke mana…

Hmmm… dari penulisan ku ini… ku sedar jasad dan fikiranku dilanda bahaya… Tapi persoalannya aku tidak tahu apa puncanya…

Dalam gelap ku cari cahaya… namun tidak ku ketemuinya… siang-siang ku cari tidak ku jumpa… malam-malam bermimpi tidak bersua…

hmmmmmm…. tak tahu nak buat apa lagi…

Dunia Kelam

Siang-siang ku cari tak jumpa… malam-malam bermimpi tidak bersua. Hilang dari diri entah ke mana, lesap dari perasaan tidak tahu bila.

Satu rasa yang selama ini menyulam pengalaman kehidupan… satu kunci yang sering membawaku maju kehadapan, kini terhapus secara tiba-tiba.

Kemana! dimana! dan bagaimana cara untuk ku mencari ‘kepuasan’ ku semula…

Kepuasan yang membawa aku melalui jalan kajayaan… Kepuasanlah yang membuat aku lupa akan tekanan… Kepuasanlah yang mendorong aku menempuh segala cabaran…

Biar sunyi, sepi, mahupun kebengongan melanda… Kepuasan akan terus membuat diriku gembira…

Kini ‘kepuasan’ tiada lagi… Hanya tinggal ‘tanggungjawab’ sebagai kubu diri… Seandainya kubu ku ini roboh satu hari nanti… Apalagi yang tinggal di dunia ku ini…

Beratkah?

Berat… antara kalimah yang sering diucapkan oleh sahabat-sahabat yang melawat blog kembara ini, dan perkataan tersebut ditujukan buat penulisan kembara yang dikatakan berlainan dengan blog yang lain, yang penulisannya lebih bersahaja.

Sebenarnya, kembara sendiri tidak dapat menilai jumlah berat penulisan kembara ini, tetapi kembara tahu mengenai berat tubuh badan kembara sendiri. Angka berat yang dicatatkan dalam kilogram, kian bertambah sejak dahulu lagi dan kini kenaikan angkanya tidak terhenti lagi.

Namun, bukan ini yang dimaksudkan oleh sahabat-sahabat kembara. Dengan senyuman yang sinis, kembara mengerti maksud mereka. Ada yang menasihatkan kembara untuk mengurangkan berat penulisan dan berat badan kembara. Namun jauh di lubuk hati, terbit perasaan dan buah fikiran untuk mengekalkan keadaannya dalam sedia kala.

Hati memberitahu kembara, mungkin itulah siapa kembara? Berat penulisan dan berat badannya sehala. Berat penulisan kembara mungkin dipengaruhi oleh penulisan insan terbilang dari zaman yang berbeza, sedangkan berat badan kembara berpunca dari nafsu makan yang tidak terkawal lagi.

Hehe, apa yang kembara merapu ini. Sebenarnya, kesimpulan dari empat perenggan ini, kembara ingin menyatakan bahawa kembara gembira kerana ada insan yang ingin memberi kata dua setelah membaca penulisan kembara… Biar apa pun kata mereka, kembara akan ambil dan timbang dengan berat badan kembara. Sekiranya selari, mungkin kembara akan simpan dalam hati, tetapi kalau tidak sehala, kembara akan simpan di kepala untuk kembara fikirkan bersama.

Tangan dihulur dialam maya untuk mengucap terima kasih buat setiap pembaca… hehehehe

Karya atau Populariti

Kembara Pena duduk termenung melihat jendela yang suram. Tiada lagi kibaran langsir yang melambai keceriaan. Tiada angin sepoi bahasa yang menyapa kemesraan. Kembara hanya bertemankan panahan matahari yang memantau setiap pergerakan.

Kembara Pena memperligatkan lagi daya pemikiran, memikir perbandingan antara karya dan populariti. Pemikiran yang tercetus setelah membaca hasil nukilan Robert Olen Butler. Robert dalam hasil nukilannya; From Where You Dream, membezakan hasrat menulis untuk bekarya dengan hasrat menulis untuk terkenal dan seterusnya menjadi popular.

Robert mengatakan kedua-duanya berbeza disebalik cita-cita yang sama, untuk menjadi seorang penulis. Menurut beliau, mudah bagi seseorang itu termasuk Kembara untuk jatuh cinta terhadap cita-cita  yang murni ini. Namun, cita-cita ini mampu membawa seseorang itu ke dalam kancah kesusahan lagi menyeksakan. Bergantung kepada hasrat insan itu.

Bagi Kembara, ada benarnya kata-kata Robert itu. Kembara merasakan kedua-dua hasrat itu boleh membawa seseorang ke arah yang berbeza. Hasrat untuk bekarya akan membawa seseorang itu untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu berbanding hasrat untuk menjadi popular.

Bagi yang ingin bekarya, popular akan hadir kemudian. Manakala hasrat untuk menjadi popular akan menghadkan seseorang itu dari menghasilkan karya yang berkualiti, kerana pemikirannya telah terkonkong dengan kehendak itu.

Benar atau tidak, mengenai apa yang difikirkan… tidaklah Kembara ketahui.  Namun, pemikiran ini telah tersemat di dalam hati dan fikiran Kembara. Kembara mungkin akan terus termenung memikirkan persoalan dan perbandingan ini sehingga terhasil jawapan yang kukuh.

 

 

 

Artis mana menjadi pilihan?

Pada saat menyingkap helaian beberapa buah buku yang mengisahkan kisah penulis, cara -cara penulisan dan seangkatan dengannya, hati kembara pena terusik dengan perkataan artis yang kerap tercatit terutamanya di dalam ‘From Where You Dream: The Process of Fiction Dream’ hasil nukilan Robert Olen Butler, pemenang hadiah Pulitzer. (Sebenarnya buku ini sudah lama dibeli, namun hanya mampu membacanya setelah peperangan dengan masa berakhir dan saya memenanginya.)

Perkataan ‘Artis’ tersebut menarik perhatian Kembara Pena apabila mengenangkan keadaan disekeliling yang dipenuhi gelombang cita-cita untuk menjadi seorang artis. Dari pengamatan, cita-cita ini terhasil apabila ramai diantara insan, terutama anak muda, ingin mengecapi zaman ke’glamour’an. Mungkin kerana insan-insan tersebut ingin keluar dari kepompong ‘invisible’, dan mahu menjadi perhatian orang.

Namun, yang menggerakkan pemikiran Kembara Pena adalah… Mengapa definasi artis yang dipilih adalah sebagai penyanyi? Tidak salah sebenarnya memilih untuk menjadi ‘artis’ tersebut. Tetapi apabila majoritinya memilih kerjaya itu, maka akan berlakulah limpahan dari mangkuk yang kecil. Industri muzik untuk dalam negara adalah kecil seperti yang semua maklum dan limpahan adalah bagi yang kurang mampu bersaing.

Kembara Pena merujuk kepada rakan baik (Macmillan Dictionary) dan mendapati maksud artis sebenarnya membawa banyak makna. Antaranya adalah pelukis, penari, penggiat teater, penulis, pembikin filem, komposer dan penulis lirik. Artis-artis ini sebenarnya turut memerlukan perhatian dan sumbangan tenaga dari semua insan bagi mengembalikan zaman kegemilangan yang kian layu.

Mengapa kurang yang memilih definasi selain penyanyi… Persoalan itu Kembara Pena tinggalkan buat diri sendiri untuk berfikir dan akan mencuba untuk memilih salah satu diantaranya.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.